JAKARTA – Seorang anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) Kota Depok, wilayah Jawa Barat berpaut pada cermin hadapan sebuah lori selepas pemandunya enggan memberhentikan kenderaan yang ditahan, lapor laman berita Detik hari ini.
Dalam sebuah rakaman video orang awam, anggota penguat kuasa itu pada awalnya dilihat menahan lori membawa muatan lebih tersebut.
Pemandunya bagaimanapun enggan berhenti, membuatkan anggota penguat kuasa tersebut melompat naik ke bahagian hadapan lori.
Dia kemudian berpaut pada cermin hadapan lori, manakala pemandu kenderaan itu tetap enggan berhenti dan memandu sejauh beberapa kilometer.
Tiada maklumat lanjut mengenai kejadian selanjutnya ke atas kedua-dua mereka.
Bagaimanapun, Ketua Unit Trafik Polis Metro Depok, Komisioner Multazam Lisendra berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu dan mengesan pemandu lori berkenaan. – AGENSI