fbpx

Safiyah kukuh di puncak Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFIYAH mengungguli Kumpulan A dengan 36 mata hasil 2,783 jatuhan pin selepas dua hari saingan Piala Dunia 2025 di Hong Kong.

PEMAIN boling kebangsaan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mempamerkan aksi cemerlang apabila menduduki tempat pertama selepas dua hari saingan Kejohanan Boling Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong.

Safiyah yang mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan, kini bertekad untuk mara ke separuh akhir dalam kategori perseorangan.

“Sepanjang dua hari dalam kejohanan ini, saya berada di tempat pertama, jadi saya berasa yakin dengan pelan permainan saya.

“Sasaran saya untuk naik perlahan-lahan daripada top 32 ke top 16 kemudian top 8 dan mungkin ke separuh akhir,” katanya.

Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya keutamaan buat atlet berbakat itu apabila Safiyah turut menekankan kepentingan kejayaan dalam acara berpasukan yang akan berlangsung selepas tamat kategori individu.

“Selepas acara individu, kami akan bertanding dalam acara berpasukan. Jika tidak mencapai sasaran acara individu, kami akan berusaha lebih baik dalam berpasukan kerana ia sangat penting untuk Malaysia,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Sin Li Jane dan Natasha Roslan turut cemerlang apabila masing-masing mendahului Kumpulan C dan D apabila Li Jane mengumpul 33 mata dengan 2,723 jatuhan pin, manakala Natasha mencatat 30 mata menerusi 2,800 jatuhan pin.

Safiyah pula mengungguli Kumpulan A dengan 36 mata hasil 2,783 jatuhan pin sementara Gillian Lim yang bertanding dalam Kumpulan B turut layak ke pusingan kalah mati pusingan 32 selepas mengumpul 24 mata dan 2,785 jatuhan pin.

Pusingan kalah mati akan bermula petang ini dan dengan harapan tinggi diletakkan kepada para pemain negara untuk membawa pulang kejayaan cemerlang dari Hong Kong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI