fbpx

Acosta yakin KTM tidak ‘gulung tikar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACOSTA lebih berminat memberikan fokus kepada persiapannya menghadapi saingan musim baharu MotoGP 2025. - AFP

MADRID – Pelumba KTM, Pedro Acosta masih bersikap tenang dan hanya mahu memberikan fokus terhadap saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini meskipun pasukan itu sedang berdepan situasi tidak menentu.

Masa depan pasukan berpangkalan di Austria itu dikatakan berada dalam keadaan samar kerana berdepan krisis kewangan cukup serius sehingga tercetus desas-desus mereka mungkin diumumkan muflis.

KTM didakwa sedang menanggung hutang cukup besar dan dikatakan melebihi €3 bilion (RM13.9 bilion), namun Acosta yakin pihak pengurusan sudah memiliki perancangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Secara jujur, saya sangat gembira kerana sudah berjaya menapak ke pasukan rasmi KTM iaitu impian saya sejak dari dulu lagi. Objektif saya ketika ini adalah bagi mencari tetapan terbaik untuk jentera dan mencatat keputusan lebih baik.

“Situasi yang sedang dihadapi KTM ketika ini sebenarnya tidak memberikan kesan kepada kami. Saya yakin dan percaya mereka sudah ada strategi dan mampu mengharungi tempoh sukar ini,” katanya.

Difahamkan, KTM sedang berusaha sehabis baik menyelesaikan krisis dihadapi termasuk melakukan penstrukturan semula pasukan dengan beberapa pihak dikatakan sedia untuk membuat pelaburan yang dijangka mencecah €700 juta (RM3.24 bilion).

Terdahulu, juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dilaporkan berminat untuk melabur dalam pasukan itu apabila dikhabarkan sudah mengadakan perbincangan bersama Ketua Sukan Permotoran KTM, Pit Beirer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI