fbpx

Spurs terpaksa bayar harga mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGVALL (kiri) meraikan jaringan kemenangannya menewaskan Liverpool pada separuh akhir pertama awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou dihimpit perasaan bercampur baur selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Liverpool pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi semalam.

Biarpun menerima pujian, namun pengurus itu juga berdepan keadaan sukar selepas pemain tengahnya, Rodrigo Bentancur terpaksa meninggalkan padang lebih awal sebelum dikejarkan ke hospital.

“Kami memulakan perlawanan dengan baik, namun terpaksa berdepan kesukaran sepanjang perlawanan. Kami juga hampir mendapatkan jaringan sebelum kecederaan Bentancur.

“Saya tidak ada maklumat lanjut tentang keadaan Bentancur. Apa yang saya tahu dia masih lagi sedar dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

“Apabila kehilangan pemain utama dalam keadaan seperti itu, pemain lain terus tabah dan mereka berjaya melakukannya pada perlawanan ini. Sungguh luar biasa di mana kami ada beberapa pemain berusia 18 tahun yang bermain di luar posisi sebenar.

“Pemain sudah beri segala-galanya dan bekerja keras. Mereka menyerlahkan bakat yang mereka ada untuk menghadirkan perubahan,” katanya.

Pada perlawanan semalam, pemain muda Sweden, Lucas Bergvall muncul wira Spurs apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Jaringan itu memastikan bekalan tipis buat Spurs sebelum berkunjung ke Anfield untuk aksi timbal balik bulan depan.

“Kejayaan ini ibarat aksi separuh masa dan bukan senang untuk berkunjung ke Liverpool. Namun, kejayaan menang ke atas pasukan kuat pastinya menjanjikan perasaan yang agak luar biasa,” tambah Postecoglou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI