KUBANG PASU – Seorang lelaki tidak menyangka sakit kepala yang sering dialaminya sejak beberapa tahun lalu merupakan petanda dia menghidap ketumbuhan di bahagian kepalanya.
Mohamad Nazir Saad, 48, pada Ogos berkata, pada Ogos tahun lalu selepas diserang sawan , dia dibawa menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini
Katanya, dia terkejut selepas pemeriksaan doktor, terdapat ketumbuhan di bahagian kepala dikhuatiri kanser otak dan memerlukan perhatian lanjut.
“Apa yang merisaukan saya bagaimana untuk mendapatkan wang RM70,000 bagi menjalani pembedahan, selain perlu melakukan pemeriksaan electroencephalographic activity (EEG) serta biopsi menelan kos RM2,700,” katanya di Kampung Permatang Kaka dekat Kodiang di sini baru-baru ini.
Katanya, dia sebelum ini melakukan kerja-kerja kampung kini tidak lagi dapat melakukannya disebabkan kudratnya semakin lemah dan sering rasa mahu pitam jika melakukan kerja berat.
Katanya, penyakit itu tidak hanya mendatangkan sakit kepala, malah ingatan dan penglihatannya juga mula berkurangan.
“Akibat kesempitan hidup, saya terpaksa menjual sembilan ekor kambing yang dipelihara di sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, dia menerima kunjungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cancer Survivors Malaysia (CSM).
Isterinya, Nor Hasniza Mohd. Tahir, 38, berkata, ketika ini mereka bergantung kepada hasil jualan kuih secara kecil-kecilan dengan pendapatan RM500 sebulan, selain sumbangan
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM300 sebulan.
Katanya, dia juga disahkan mengalami masalah jantung, kolestrol serta darah tinggi sejak lima tahun lalu.
“Adakalanya saya tidak dapat membuat kuih selain terpaksa berulang alik ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, mereka mendahulukan keperluan tiga anak yang berusia 14, 11 dan tujuh tahun.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menghubungi Mohamad Nazir di talian 010-296 7433 atau melalui akaun Bank Islam miliknya bernombor 09010021055994.