fbpx

Bayi lelaki empat bulan maut di taska haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkapan layar luahan wanita dipercayai ibu bayi tersebut di aplikasi X.

KUALA LANGAT – Bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas dihantar ke sebuah taska tidak berlesen di Bandar Saujana Putra di baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada doktor sebuah klinik di Bandar Saujana Putra pada pukul 3. 29 petang.

Katanya, berdasarkan laporan doktor itu menerima bayi lelaki tersebut yang dibawa pengasuh dalam keadaan pucat.

“Bibir dan kaki mangsa kebiruan, tiada nadi dan nafas selain tiada pergerakan anak mata apabila disuluh.

“Doktor melakukan bantuan pernafasan atau resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan bantuan oksigen sementara menunggu ambulans untuk dibawa ke Hospital Cyberjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak hospital yang menerima bayi itu pada pukul 4.35 petang hari sama melakukan CPR lebih 30 minit, bagaimanapun tiada tindak balas.

Kematian bayi itu disahkan pada pukul 5. 05 petang.

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. Keterangan pengusaha dan pekerja premis telah diambil polis.

“Siasatan awal mendapati premis tersebut tidak berlesen. Permohonan telah dihantar tapi belum diluluskan,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini tular luahan sedih seorang wanita menerusi hantaran di aplikasi X mengenai bayinya yang meninggal dunia didakwa disebabkan kecuaian pihak taska.

Wanita itu mendakwa anaknya ditinggalkan bersendirian di dalam bilik dan dibiarkan tanpa pengawasan sehingga tidak boleh bernafas.

Taska itu dikatakan mempunyai dua pengasuh dan menjaga 25 bayi.

“Saya hantar dia (dalam keadaan) elok sihat dan bernyawa. Last (kali terakhir) saya tukar pampers (lampin pakai buang) semasa dia hidup sebelum saya hantar ke taska pukul 9 pagi.

“Kira-kira 8 jam kemudian, saya kena tukar pampers dia dalam keadaan meninggal. Dunia akhirat saya takkan maafkan. Saya doa Allah laknat semua yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI