fbpx

Aniq jadi ‘salesman’ demi mantapkan bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ tidak keberatan diminta tayang badan demi tuntutan watak. – FIRDAUS JOHARI

Tidak pernah mengalah dan terus bangkit berusaha melawan kelemahan diri. Prinsip itu yang dipegang pemilik trofi jejaka bernama Aniq Durar yang juga Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) tahun lalu.

Pelbagai pengorbanan dan usaha dilakukan untuk terus memahat nama sebagai anak seni termasuk berusaha melancarkan kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu.

Antara usaha yang dilakukan adalah mengupah seorang guru bahasa Melayu sejak tahun lalu.

“Dia beri saya kerja rumah iaitu dengan meminta banyak membaca surat khabar supaya membiasakan diri dengan perkataan-perkataan bahasa Melayu.

“Sebab bila saya bertutur bahasa Melayu, pelat saya kedengaran masih tebal dan ada ‘slang’. Pada mulanya agak sukar sebab bahasa Inggeris adalah bahawa harian, tambahan pula dahulu belajar di luar negara.

“Di rumah pun saya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan keluarga, jadi memang ambil masa untuk fasih,” katanya kepada HibGlam.

Bukan sahaja mempunyai guru, pelakon berbadan kekar itu pernah menjadi seorang jurujual selama sehari dengan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

“Saya juga pernah diminta oleh pengurus untuk menjual suplemen di sebuah pasar di ibu negara kepada orang ramai untuk bantu melancarkan pertuturan dalam bahasa Melayu.

“Dengar macam pelik tetapi perkara itu banyak membantu. Sekarang ini saya lebih banyak praktis berbual dengan kawan-kawan dan orang sekeliling,” ujar bintang filem Pagari Bulan itu.

Ditanya sama ada mempunyai kesukaran untuk melontarkan skrip bahasa Melayu, pemilik nama penuh Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx itu mengakui tidak banyak berdepan kesukaran.

Banyak praktis

“Kalau berlakon, tak susah pun. Cara saya ialah hanya hafal dan banyakkan praktis,” kongsi jejaka berdarah kacukan Melanau-Pakistan itu.

Bercerita tentang kerjaya seni yang semakin meledak, Aniq tiada masalah tampil mendedahkan tubuh atau tayang badan demi memenuhi tuntutan watak. 

Perkara itu turut dilakukan dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Papa yang mula ditayangkan sejak 2 Januari lalu

“Ini adalah filem pertama saya. Saya bawa sebagai Dali tetapi babak tidak terlalu banyak.

“Namun, saya perlu tampil tidak berbaju disebabkan kehendak watak. Karakter saya semacam haiwan kerana tidak sempurna akal akibat perbuatan bapa kandung yang juga ketua ajaran ilmu hitam.

“Walaupun tampil tidak berbaju tetapi tetap ada batas,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Aniq turut mengakui menerima tawaran filem Papa untuk dijadikan platform memperkenalkan diri dalam dunia seni.

“Skrip dan dan babak saya dalam Papa tak banyak pun berbanding dengan pelakon lain, ditambah pula ini penampilan sulung saya.

“Kalau nak cakap seperti cameo boleh juga dan sebagai pelakon baharu, saya lihat ini adalah batu loncatan untuk masuk ke dunia seni,” jelasnya lagi.

Selain Aniq, Papa arahan ZH Emdee turut menampilkan pelakon seperti Puteri Balqis, Hasnul Rahmat, Lia Natalia, Shahronizam dan Amin Idris.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI