BANGKOK – Sebuah kereta dipandu oleh suspek kes pengedaran dadah melanggar kenderaan milik ibu kepada aktres Thailand di Phitsanulok, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Kenderaan yang dilanggar itu adalah milik Ketsakorn Sripimlak, 70. Dia merupakan ibu kepada pelakon Tukk Siriporn Youyod.
Perlanggaran itu berlaku selepas adegan kejar-mengejar antara kenderaan polis dengan suspek semalam.
Walaupun tayar pancit, suspek terus melarikan diri dengan memandu sebuah kereta sebelum berlanggar dengan kenderaan Ketsakorn.
Suspek akhirnya gagal melarikan diri dan sejumlah besar dadah jenis methamphetamine ditemui di dalam kenderaannya.
Suspek dibawa ke Balai Polis Mueang Phitsanulok untuk disoal siasat . – AGENSI