fbpx

APM tangkap tedung selar 3 meter dalam reban ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APM Kepala Batas menangkap seekor ular tedung selar di dalam reban ayam di Desa Puri, Tesek Gelugor hari ini.

SEBERANG PERAI – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kepala Batas berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira tiga meter di dalam reban ayam berdekatan sebuah rumah di Desa Puri, Tasek Gelugor di sini hari ini.

Menurut Pegawai APM Kepala Batas, Leftanan (PA) Noor Mohd. Saidi Noor Lajis, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.17 petang bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan tiga anggota.

“Ketika anggota sampai, didapati seekor ular jenis tedung selar berada di dalam reban ayam.

“Berlaku sedikit kesukaran untuk menangkap ular tersebut kerana ia agresif, namun berjaya ditangkap kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Noor Mohd. Saidi, ular terbabit yang dianggarkan sepanjang lebih tiga meter itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI