fbpx

Kes sumbat mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemandu lori akan dituduh di Mahkamah Majistret Mersing esok selepas disyaki membunuh seorang lelaki sebelum mayatnya ditemui di dalam but kereta Proton Waja yang ditinggalkan di dalam semak di Kilometer 26 Jalan Jemaluang-Kahang, Mersung, 28 Disember tahun lalu.

MERSING – Seorang pemandu lori akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok atas kesalahan membunuh seorang lelaki yang mana mayatnya dijumpai dalam but kereta Proton Waja pada 28 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata pihaknya mengesahkan siasatan kes pembunuhan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 28 tahun itu telah selesai.

Katanya, pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Johor telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dan seorang wanita pada 29 Disember lalu kurang 24 jam selepas mayat ditemui.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor dan arahan pertuduhan terhadap tangkapan lelaki tempatan berumur 35 tahun dibuat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

“Jika sabit kesalahan hendaklah dihukum mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan dikenakan tidak lebih 12 kali sebatan.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Mersing pada 9 Januari (esok) pukul 9 pagi. Manakala tangkapan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun dibebaskan dengan mengikat bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! pada 29 Disember lalu melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan berpakaian lengkap dengan kesan kelar di leher disembunyikan dalam but kereta Proton Waja dalam semak di tepi jalan, Kilometer 26 Jalan Jemaluang – Kahang Mersing pukul 1.50 tengah hari.

Mangsa Shakirin Mohammad, 28 dipercayai dibunuh kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan dengan bekas isteri suspek.-KOSMO! ONLINE – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI