fbpx

SPRM cekup dua wanita, disyaki seleweng RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang suspek wanita yang ditahan SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar untuk perintah reman hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua kakitangan sebuah badan berkanun di negeri itu termasuk seorang pengurus akaun ekoran disyaki menyeleweng sejumlah RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Perintah reman selama empat hari sehingga 11 Januari itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek wanita berusia antara 30 dan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2024.

“SPRM Perlis juga telah menyita dan merampas barangan mewah termasuk barangan kemas berjumlah kira-kira RM100,000 yang dipercayai diperolehi hasil daripada perlakuan jenayah tersebut,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Ab. Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, SPRM Perlis juga akan melihat aspek tatakelola jika wujud kelemahan sistem dan prosedur berkaitan pengurusan terimaan dan perbelanjaan di badan berkanun tersebut.

Katanya, ia bagi menutup ruang dan peluang berlakunya salah guna kuasa di badan kanun berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI