fbpx

Pura-pura tanya alamat rumah, suri rumah dipukau RM137,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Berpura-pura bertanya alamat rumah sebelum ‘memukau’ dan melarikan barang kemas dan wang.

Itu yang dialami seorang suri rumah yang mengalami kerugian sebanyak RM137,000 selepas di pukau ketika berada di bandaraya Kuantan di sini semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, semasa kejadian mangsa berumur 57 tahun yang berada di sekitar bandar Kuantan didatangi tiga wanita yang bertanyakan alamat rumah individu tidak dikenali.

“Kemudian mangsa diminta untuk mengambil wang simpanan di rumah dan di bank dan mangsa juga telah serahkan barang kemas anggaran berat 250 gram dan emas 999 kepada wanita berkenaan.

“Mangsa mengesyaki dirinya dipukau setelah berada di rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya akibat kejadian mangsa mengalami kerugian kira-kira RM137,500 melibatkan sejumlah wang simpanan dan barang kemas.

Dalam pada itu katanya, pihak polis kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada.

“Masyarakat diingatkan tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali terutama yang menunjukkan perlakuan yang mencurigakan.

“Berwaspada dan tingkatkan kesedaran adalah langkah utama untuk menghindari tipu pukau,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI