fbpx

Ribut petir landa Sarawak, Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan hari ini, dua negeri yang bakal terjejas adalah Sarawak dan Sabah.

“Di Sarawak, cuaca buruk melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” lapor MetMalaysia.

Bagi Sabah pula, keadaan yang sama diramalkan meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod).

Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan berlaku di seluruh Semenanjung negara termasuk Wilayah Persekutuan Labuan petang ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI