fbpx

Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah palsukan sijil eFEIS alat pemadam api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHA Arifin (tengah) diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini bagi empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu sijil eFEIS bagi alat pemadam api.

TELUK INTAN – Pemilik sebuah syarikat penyelenggaraan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu sijil electronic fire extinguisher inspection system (eFEIS) bagi alat pemadam api minggu lalu.

Tertuduh, Sha Arifin Mohammad Jamal, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan satu hingga empat, lelaki tersebut didakwa dengan curang telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu sijil eFEIS dengan nombor siri berbeza di mana tertuduh mempunyai sebab bahawa dokumen berkenaan adalah palsu.

Tiga kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Lorong Lagenda 8, Medaniaga Lagenda, Hutan Melintang pada pukul 3.42 petang, 31 Disember 2024 manakala satu lagi kesalahan pula dikesan pada pukul 1.45 petang di Lorong Lagenda 1 pada tarikh yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan manakala lelaki itu diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M. Saravanan.

Terdahulu, Izzuddin Fakri mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi tiga pertuduhan manakala RM6,000 pula bagi pertuduhan keempat.

Bagaimanapun, Saravanan memohon wang jaminan tersebut dikurangkan atas alasan ia di luar kemampuan tertuduh yang bekerja sendiri selain menanggung keluarga dengan isteri yang tidak bekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI