fbpx

Sesi persekolahan Tabika Kemas ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sesi persekolahan secara bersemuka melibatkan Taman Bimbingam Kanak-Kanak (Tabika) di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Januari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berkata, keputusan itu diambil sebagai langkah berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam negara seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak Kemas memutuskan untuk mengikut langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka melibatkan Tabika seluruh negeri ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kemas berkata, bagi memastikan keciciran tidak berlaku dalam kalangan kanak-kanak Tabika Kemas, kaedah pembelajaran secara Home-base Learning yang ditetapkan akan digunakan.

“Kaedah pembelajaran ini melalui kaedah Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaran (PdPc),” katanya.

Sementara itu, Kemas berkata, pihaknya bagaimanapun memberikan kebenaran bersyarat untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Kemas beroperasi dalam situasi berkecuali.

“Kebenaran operasi hanya jika terdapat permohonan daripada ibu bapa yang bertugas sebagai barisan hadapan untuk menghantar anak-anak mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI