fbpx

K2

Bermain PlayStation, PUBG kegemaran The Gadys

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI kumpulan The Gadys menjadikan telefon pintar dan permainan video sebagai cara merehatkan minda dan meredakan stres.

STATUS sebagai selebriti tidak membataskan anggota kumpulan The Gadys meluangkan masa menikmati waktu untuk diri sendiri dengan melakukan aktiviti kegemaran masing-masing.

Bagi Aznie Azmi, 25, bermain PlayStation menjadi kegemarannya setiap kali ada masa terluang. Biarpun menjadi hal yang gemar dilakukan, namun Aznie berusaha membahagikan masa sebaik mungkin agak tidak mengganggu jadual kerjaya sebagai anak seni.

Maklum bermain permainan video ini kebiasaannya akan membuatkan individu itu leka dan tidak menyedari sudah menghabiskan masa berjam-jam tanpa melakukan perkara lain.

“Bagi saya gajet kegemaran yang paling disukai ialah bermain PlayStation. Memang sudah sekian lama saya terjebak dengan aktiviti ini. Tetapi saya bukan jenis pemain permainan video (gamer) yang suka bermain sendirian atau terlalu lama.

“Saya sejenis yang suka bermain permainan video secara beramai-ramai dalam talian. Antara permainan video yang saya suka ialah It Takes Two dan Overcooked.

“Main permainan video ini pun salah satu cara untuk menenangkan minda dan hilang sedikit stres mengenai kerja,” katanya kepada K!-Tekno.

Sementara itu, bagi Ayunie Rizal, 27, telefon pintar menjadi gajet pilihan sekali gus peneman setia pada setiap masa. Akuinya penyanyi lagu Bullseye itu, telefon tersebut boleh dianggap sebagai ‘kembar’ yang akan dibawa ke mana sahaja.

“Bagi saya telefon adalah gajet yang saya tidak boleh tinggal dan sentiasa ‘melekat’ dekat tangan, bukan sahaja penting untuk berkomunikasi, tetapi di telefon juga saya boleh buat macam-macam seperti mendengar muzik, melayari media sosial dan merakam gambar.

“Telefon ini juga boleh membuatkan saya lari sekejap daripada aktiviti kerja dan menonton apa saja video yang menarik dan mencuit hati, tetapi, walaupun saya dengan telefon ini tidak dapat dipisahkan, kadangkala saya ada masalah untuk membalas kiriman WhatsApp orang lain,” jelasnya sambil berseloroh.

Hal sama bagi ahli ketiga The Gadys iaitu Thamiera Chan, 22. Baginya, telefon sudah dianggap sebagai peneman setia yang tidak mungkin akan ditinggalkan walaupun hanya kepergian sebentar saja.

Boleh dikatakan, Thamiera tidak akan meninggalkan telefon pintarnya kerana peranti itu sudah menjadi tempat untuk bermain permainan video atas talian. Selain bermain permainan video, Thamiera juga menjadi antara ahli

The Gadys yang paling gemar melakukan video kandungan TikTok berbanding Ayunie dan Aznie.

“Saya memang suka main telefon. Walaupun ketika saya sedang bersama dengan mereka (kumpulan The Gadys), saya tetap akan bermain telefon dan boleh dikatakan seperti magnet yang melekat dekat tangan.

“Mengapa memilih telefon juga kerana saya seorang yang gemar bermain permainan video PUBG. Sejak di bangku sekolah sekitar tingkatan empat lagi saya memang suka bermain permainan ini.

“Selalunya, saya akan bermain permainan video ini sebelum hendak tidur, berehat seketika pada sesi latihan vokal dan kadangkala kalau tidak ada apa yang hendak dilakukan, bangun tidur saya sudah main PUBG,” katanya sambil ketawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI