fbpx

Barcelona intai Heung-min secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN belum memutuskan masa depannya ketika kontrak bersama Spurs bakal berakhir hujung musim ini. - AFP

BARCELONA – Kelab gergasi La Liga, Barcelona dilaporkan sedang mengintai peluang untuk mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min secara percuma menjelang penghujung musim ini.

Bintang Korea Selatan itu berada di tahun terakhir kontraknya bersama Spurs yang bakal tamat pada musim panas nanti, selepas kontrak lanjutan terakhirnya ditandatangani pada 2021, menjadikan pemain berusia 32 tahun itu sasaran menarik buat kelab-kelab besar Eropah.

Ketika jendela perpindahan Januari kini dibuka, Heung-min bebas untuk merundingkan pra-kontrak dengan mana-mana kelab luar dan Barcelona dilaporkan menjadi antara kelab yang paling berminat untuk membawa kapten Tottenham itu ke Camp Nou.

Namun, Heung-min bukanlah satu-satunya nama besar dalam radar Barcelona apabila skuad kendalian Hansi Flick itu turut dikaitkan dengan pemain bintang lain seperti Joshua Kimmich dan Leroy Sane dari Bayern Munich serta Jonathan Tah dari Bayer Leverkusen, ketika kesemua mereka mampu ditandatangani secara percuma.

Pendekatan itu diambil berikutan masalah kewangan yang terus menghantui kelab itu dan dengan strategi mendapatkan pemain tanpa yuran perpindahan, Barcelona berpeluang menambah kualiti tanpa perlu menambah beban kewangan.

Musim ini, prestasi Heung-min agak merosot berbanding standard biasanya dengan hanya lima gol dijaringkan dalam 17 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), selain turut diketepikan daripada kesebelasan utama dalam kekalahan 2-1 kepada Newcastle United baru-baru ini.

Bagaimanapun, reputasi dan pengalaman Heung-min sebagai kapten Spurs serta salah seorang pemain terbaik Asia masih menjadikannya aset bernilai untuk mana-mana kelab besar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI