PETALING JAYA – Kerajaan menyediakan dana tambahan sebanyak RM1 bilion di bawah matlamat pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) iaitu untuk memerangi wabak Covid-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia merangkumi hampir RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi-agensi lain yang terlibat.
“Penyediaan peruntukan ini menumpukan kepada bekalan, antaranya tambahan reagen dan kit saringan, serta peralatan PPE terutamanya kepada petugas kesihatan,” katanya pada sidang akhbar khas yang disiarkan secara langsung hari ini. – K! ONLINE