fbpx

Padah berlabuh tanpa kebenaran 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL tangki yang berdaftar di Panama itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dari India.

KLANG – Tindakan sebuah kapal tangki dari Panama berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 4.5 batu nautika barat daya perairan Tanjung Tongkah dekat sini mengundang padah selepas ditahan Maritim Malaysia (APMM), hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, kapal itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dari India.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohamad Rosli Kassim berkata, penahanan itu hasil maklumat daripada Jabatan Laut Malaysia berhubung sebuah kapal tangki berlabuh di perairan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan mendapati kapal itu membawa 21 kru terdiri daripada warga China dan Myanmar berusia 23 hingga 54 tahun serta mempunyai dokumen perjalanan diri sah.

“Kapal tangki yang berdaftar di Panama itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dari India.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut disyaki melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kepten dan pembantu jurutera kapal itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

“Sekiranya didapati bersalah boleh dipenajra sehingga dua tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI