fbpx

Gadis enggan kerja urus air ketum cedera dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PISAU yang dirampas daripada suspek yang membelasah seorang gadis berusia 20 tahun di Alor Merah, Butterworth ketika ditangkap awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang gadis berusia 20 tahun cedera akibat dibelasah seorang lelaki yang juga rakan ibunya kerana enggan mengikut arahan menguruskan perniagaan air ketum di sebuah rumah di Alor Merah, Sungai Dua, Butterworth di sini Jumaat lalu.

Suspek berusia 27 tahun itu juga dikatakan berang selepas mangsa menegur kelakuannya yang bebas menjadikan rumahnya sebagai port dadah bersama ibu mangsa berusia 40-an.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, gadis tersebut cedera dan lebam pada beberapa anggota badan selepas dipukul dan dihantuk pada dinding rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, suspek dikatakan pergi ke rumah itu kerana berang selepas mangsa tidak membenarkan dia datang ke rumah mereka lagi.

“Ini kerana mangsa memberitahu bahawa lelaki tersebut bukanlah saudaranya dan terdapat perempuan di rumah itu yang tidak manis pada pandangan orang kampung.

“Suspek yang masuk ke dalam rumah telah menarik tangan mangsa dan menghentak kepalanya pada dinding selain menendang perut dan pehanya sehingga cedera,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, suspek turut memukul adik perempuan mangsa berusia 17 tahun dan ibunya ketika cuba meleraikan tindakan suspek.

Noorzainy berkata, polis bagaimanapun berjaya menahan lelaki itu kira-kira pukul 5.30 pagi tadi di Kepala Batas di sini selepas menerima laporan.

“Siasatan mendapati, suspek dikatakan mengamuk selepas mangsa enggan bekerja dengannya untuk menguruskan perniagaan air ketum dan mangsa turut dihalau keluar dari rumahnya itu,” katanya lagi.

Menurut Noorzainy, polis turut merampas sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 25 sentimeter daripada suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI