fbpx

Aduan jalan rosak guna aplikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAIZI (kanan) menunjukkan kod imbas QR yang digunakan untuk membuat aduan jalan rosak kepada MBI pada pelancaran aplikasi Pothhole di Ipoh, hari ini.

IPOH – Sebarang maklumat berhubung jalan rosak di bandar raya ini kini boleh disampaikan oleh orang ramai secara terus dan mudah kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerusi aplikasi khas aduan Pothole MBI yang dilancarkan hari ini.

Inisiatif berkenaan diperkenalkan bagi memudahkan warga bandar ini menyalur aduan agar lokasi kerosakan dapat dikenal pasti untuk diambil tindakan segera.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, platform saluran aduan termasuk diakses menerusi telefon pintar itu merupakan alternatif kepada aduan sedia ada dan bersifat mesra pelanggan.

Menurut beliau, platform khas aduan Pothole MBI tersebut akan menggunakan aplikasi WhatsApp menerusi talian 017- 4122 113 atau secara imblasan kod QR yang dibangunkan oleh pihak MBI untuk kemudahan warga bandar Ipoh.

“Pihak MBI telah menyediakan maklumat-maklumat dan tatacara penggunaan aplikasi berkenaan untuk membantu orang rama bagi menyalurkan aduan yang boleh dilayari bermula hari ini.

“Ia bersifat mudah guna sama ada diakses laman web MBI atau saluran media sosial Facebook, Instagram dan Twitter,” ujarnya selepas melancarkan aplikasi tersebut di Bangunan MBI di sini hari ini.

Aplikasi mobil ini membolehkan aduan yang diterima diproses dengan cepat dan lebih sistematik, begitu juga maklum balas kepada pengadu akan dapat diberikan dengan segera.

Jelas Rumaizi lagi, pihaknya akan menilai keberkesanan aplikasi berkenaan dalam tempoh dua minggu dan akan membuat penambahbaikan selepas mendapat respons dari wargakota.

“MBI terbuka untuk mendengar semua aduan daripada masyarakat sebab kita percaya dan berusaha memberi yang terbaik kepada masyarakat iaitu keadaan jalan yang selamat dan selesa.

“Kita juga mahu orang ramai menjadi mata dan telinga bagi membantu MBI untuk mengenalpasti kawasan jalan rosak dengan disertakan maklumat lokasi yang tepat dan sahih dan seterusnya menyelesaikan aduan dengan berkesan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI