fbpx

Polis tahan dua warga Bangladesh positif Covid-19 cuba naik penerbangan di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Tindakan dua warga Bangladesh yang cuba menaiki penerbangan pulang ke negara mereka biarpun disahkan positif Covid-19, membawa padah apabila ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Penahanan mereka dibuat ketika dua lelaki terbabit hendak mendaftar masuk penerbangan kira-kira pukul 9 malam.

Bagaimanapun, cubaan mereka untuk menaiki penerbangan terkandas selepas semakan petugas di kaunter mendapati slip ujian keputusan saringan yang dibawa lelaki itu adalah positif.

Difahamkan, warga Bangladesh itu akan menaiki penerbangan akhir Malindo Air untuk pulang ke Dhaka.

Tindakan dua lelaki itu sekali gus merisikokan petugas yang menjaga pintu masuk di KLIA.

Menurut sumber, semua penumpang perlu mengikut prosedur yang ditetapkan untuk penerbangan antarabangsa di mana mereka diwajibkan menyertakan keputusan ujian saringan Covid-19.

“Bagi kes ini, kedua-dua warga Bangladesh itu telah menyerahkan slip ujian yang positif hasil saringan di sebuah klinik swasta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, anggota polis yang membuat rondaan telah memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menguruskan dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu.

“Tidak beberapa lama kemudian, sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua warga Bangladesh itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI