fbpx

Guru besar dituduh terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORLIDA mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan menerima rasuah, tujuh tahun lalu.

ALOR SETAR – Seorang guru besar sebuah sekolah kebangsaan di Pendang dekat sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,873, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Noorlida Selamat, 56, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Noorlida yang ketika itu menjawat jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani dekat sini didakwa menerima sejumlah wang tunai daripada seorang lelaki antara 7 Ogos 2014 hingga 11 Mei 2015.

Dia dituduh menerima wang tersebut menerusi akaun bank miliknya di sebuah bank di Jalan Lagenda Height dalam daerah Kuala Muda dan cek di pejabat SK Sungai Pasir Kechil.

Noorlida didakwa memperoleh wang itu daripada individu terbabit dengan tiada balasan yang mana dia mengetahui lelaki berkenaan mempunyai perhubungan dengan kerja rasmi tertuduh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI