fbpx

Dicekup ketika hendak hantar arak seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI berusia 28 tahun ditangkap bersama 452 kotak minuman keras keseluruhannya dalam dua buah lori.

KLANG – Seorang lelaki tidak sempat menghantar arak seludup kepada peruncit di sekitar daerah ini apabila dicekup di belakang sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Telok Gadung di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, lelaki berusia 28 tahun ditangkap bersama 452 kotak minuman keras keseluruhannya dalam dua buah lori.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Rizal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati sindiket tersebut dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dengan mengedar arak tidak bercukai di sekitar daerah ini.

Katanya, pemeriksaan di bahagian belakang kedua-dua buah lori itu menemui pelbagai jenis arak seludup.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bangunan rumah kedai itu turut menjumpai sejumlah lagi minuman keras tidak bercukai.

“Kita percaya lelaki itu dalam penghantaran arak berkenaan kepada para pembelinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya juga mempercayai rumah kedai itu telah dijadikan stor penyimpanan bagi minuman keras seludup itu.

Rizal menambah, nilai rampasan keseluruhan minuman keras termasuk cukai berjumlah RM215,314.77.

“Suspek dan kesemua barangan rampasan termasuk lori tersebut telah dibawa ke Balai Polis Klang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI