GEORGE TOWN – Gara-gara terlanggar bateri kenderaan di tengah jalan, sebuah kereta mewah jenis Mercedes C200 musnah hampir 80 peratus di Kilometer 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini hari ini.
Bagaimanapun, dalam insiden kira-kira pukul 3.18 petang itu, tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu berkenaan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kereta tersebut yang melanggar bateri kenderaan di tengah jalan.-KOSMO! ONLINE