fbpx

RM50 juta wang lebur ditipu ‘scammer’ di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 573 kes penipuan melibatkan kerugian keseluruhan RM50 juta direkodkan berlaku di bandar raya ini sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, penipuan e-dagang merupakan tertinggi dengan 120 kes.

“Penipuan menerusi panggilan telefon pula mencatatkan 113 kes, pelaburan tidak wujud (94 kes) dan pinjaman tidak wujud (63 kes).

“Penipuan cinta dan bungkusan pula mencatatkan 14 kes dan pinjaman wang tidak berlesen (enam kes),” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, sebanyak 96 kes tipu dan lain-lain jenayah komersial (66 kes) juga direkodkan sepanjang tahun ini.

Jelas beliau, kes penipuan di bandar raya ini menurun 1.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Sebagai perbandingan, sebanyak 580 kes penipuan melibatkan kerugian kira-kira RM100 juta telah dicatatkan di bandar raya ini pada tahun 2023.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI