fbpx

Hotel rugi berterusan semasa PKP 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kakitangan Alami Garden Hotel, Shah Alam giat melakukan operasi sanitasi bagi memenuhi kehendak prosedur operasi standard di ruang tamu hotel berkenaan kelmarin.

SHAH ALAM – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor terus memberi impak negatif kepada industri perhotelan yang baru bangkit daripada kerugian yang dialami
pada fasa PKP sebelum ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati banyak pembatalan tempahan bilik dilakukan pengunjung susulan prosedur standard operasi (SOP) PKP dan kerisauan berhubung Covid-19.

Penolong Pengurus Alami Garden Hotel, Fieza Zahari berkata, keadaan itu bukan satu permulaan baik kepada sektor pelancongan yang sebelum ini dijangka kembali pulih pada tahun 2021.

Katanya, situasi sekarang bertambah parah dengan pendapatan hotel sehingga Disember tahun lalu merosot sebanyak 60 peratus berbanding tahun 2019.

“Kami mencatatkan pembatalan sebanyak 50 bilik hotel sepanjang tempoh 14 hari pelaksanaan PKP bermula 13 Januari lalu.

“Ia menyebabkan hotel mengalami kerugian dianggarkan sehingga RM30,000 yang semestinya memberi impak signifikan terhadap kos operasi kami,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-
baru ini.

Situasi sama turut dialami Penyelia Laman Green The Boutique Hotel, Muhaini Wan Mohd. Rakti yang mendakwa kerugian lebih RM10,000 apabila hanya tiga buah bilik sahaja dihuni daripada
keseluruhan 34 bilik di hotel itu.

“Tetamu di tiga buah bilik berkenaan akan keluar pada Ahad (semalam) dan kami tidak menerima sebarang tempahan bilik atau dewan selepas itu.

“Harapnya langkah PKP ini akan segera mengurangkan jangkitan Covid-19 supaya industri dapat dipulihkan atau kami terpaksa terus berdepan kerugian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI