fbpx

Lady Gaga dipilih hiburkan Joe Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LADY GAGA

SEMPENA majlis angkat sumpah Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada 20 Januari ini, penyanyi Lady Gaga diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu kebangsaan AS.

Selain Gaga, penyanyi Jennifer Lopez juga turut diundang untuk membuat persembahan pada majlis tersebut yang akan diadakan di Capitol, Washington.

Terdahulu penyanyi yang popular menerusi lagu Bad Romance itu sememangnya telah menunjukkan sokongan terhadap Biden sepanjang kempen pemilihan presiden yang berlangsung pada tahun lalu.

Malah pemilik nama sebenar Stefani Joanne Angelina Germanotta itu juga menyeru peminatnya agar membuat pilihan yang bijak demi keharmonian hidup masyarakat di AS.
Presiden AS ke-46 itu bersama naib presidennya, Kamala Harris akan mengangkat sumpah selepas memenangi pilihan raya yang diadakan pada 3 November lalu dengan menewaskan Presiden, Donald Trump.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI