fbpx

Hujan di KL, Melaka sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca pagi ini lembap di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia akibat hujan berterusan sejak malam tadi.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat yang berlaku di Pahang dan Johor sejak malam semalam menyebabkan cuaca dingin dan mendung merebak ke Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, serta beberapa kawasan di Jasin, Melaka. Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga tengah hari.

Sementara itu, di kawasan lain di Semenanjung, cuaca dilaporkan baik dengan sedikit mendung.

“Di Sabah dan Sarawak pula, keadaan agak mendung, namun hujan di perairan Tawau dijangka reda tidak lama lagi,” katanya.

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang, terutama di bahagian pedalaman pantai barat dan Kudat di Sabah, serta kawasan pedalaman dan selatan Sarawak.

“Kawasan lain pula dijangka mempunyai kebarangkalian hujan yang rendah,” tambahnya.

Orang ramai disarankan merujuk laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial MetMalaysia, atau aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI