fbpx

Hyoyeon pertahankan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYOYEON

PENYANYI kumpulan Girls’ Generation, Hyeyeon tampil bersuara menjelaskan keadaan selepas dia dituduh mengetahui insiden yang berlaku di kelab Burning Sun dua tahun lalu.

Hyoyeon memaklumkan, dia hadir ke kelab tersebut untuk mengadakan persembahan sebagai DJ semata-mata dan tidak mengetahui apa-apa berkenaan insiden yang diperkatakan.

“Okey semua, bawa bertenang. Memang saya ada berjumpa ramai orang, minum dan makan bersama mereka. Kemudian saya pulang ke rumah!

“Saya rasa ada nampak beberapa lelaki dan wanita bermesraan di kelab tersebut tetapi tidak pernah pula mendengar atau melihat mana-mana aktor, aktres, kucing atau anjing,” tuturnya.

Tidak tahan dikaitkan dengan kontroversi berkenaan, Hyoyeon memberi amaran kepada netizen yang meninggalkan komen melampau terhadapnya selama ini.

“Sudah lama saya simpan. Saya akan ambil tindakan tegas,” tegas Hyoyeon.

Sebelum ini, gambar Hyoyeon berada di kelab berkenaan tersebar sehingga menyebabkan namanya dikaitkan dengan kontroversi yang berlaku pada 2018 iaitu insiden kekecohan di Burning Sun berkaitan seorang lelaki dicederakan petugas kelab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI