fbpx

Anak kembar bising, Lee Hwi-jae dikecam jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE HWIJAE dan keluarga.

PENGACARA popular Lee Hwi-jae mencetuskan kontroversi apabila dituduh tidak menghormati cara hidup berjiran apabila anak-anaknya kerap membuat bising.

Perkara tersebut dicetuskan seorang individu yang mendakwa, dia sudah beberapa kali membuat aduan kepada Hwi-jae dan isteri, Moon Jung-won kerana tidak tahan dengan bunyi bising setiap hari.

Individu yang itu kemudiannya menulis luahan hati pada ruangan komen Instagram Jung-won dengan memberitahu sudah lima kali teguran dibuat tetapi langsung tidak diendahkan Hwi-jae.

“Saya jiran rumah bawah. Kalau mahu biarkan anak-anak awak berlari berjam-jam lamanya, sekurang-kurangnya pasang tikar lantai.

“Saya sudah menegurnya sebanyak lima kali, sampai bila mahu saya bersabar? Sedangkan pihak kalian langsung tidak berbuat apa-apa,” tulisnya yang mengakui berdepan masalah bunyi bising selama setahun.

Selepas dikritik, Jung-won tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa dia sudah banyak kali menegur anak-anaknya supaya berkelakuan baik.

“Saya minta maaf. Struktur asas bangunan bukan hal yang dapat diselesaikan dengan mudah. Kami minta maaf atas semuanya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI