AKTRES Ham Sowon cukup terkenal dengan banyak pendedahan mengenai kehidupan berumah tangganya bersama suami, Jin Hua.
Terbaharu, Sowon yang muncul dalam program Taste of Wife mendedahkan dia kerap membuka akaun media sosial suaminya semata-mata untuk memadam semua mesej yang dihantar peminat wanita.
“Saya kerap buka Instagram suami dan padam semua mesej yang diterima sebab semuanya datang daripada perempuan.
“Menyedari mesej mereka dipadam, ada yang menghantar pesanan lain dengan berkata, “mungkin kakak Sowon padam mesej saya”. Mesej itu pun saya padam juga,” katanya selamba.
Biarpun keadaan sebegitu tidak biasa bagi pasangan di Korea Selatan, namun Jin Hua mendedahkan dia sedar dengan tindakan isterinya memadam semua mesej berkenaan.
Selepas program tersebut disiarkan, dia menerima kecaman kerana disifatkan bersikap melampau dan mengganggu privasi suaminya.
Bagaimanapun, ada yang bersetuju dengan tindakan Sowon dengan menganggap lebih baik berbuat begitu untuk mencegah perkara buruk daripada berlaku kelak.