fbpx

Kilang buang sisa cat hingga LRK IWK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa sedang melakukan pemeriksaan terhadap kilang pembuatan cat dan menjual cat yang membuang sisa menerusi tandas dan longkang yang boleh menyebabkan henti tugas LRA.

RAWANG – Perbuatan jahat sebuah kilang pembuatan dan menjual cat melupuskan sisa cat dengan membuangkannya menerusi lurang kumbahan berjaya dikesan pihak berkuasa dalam kejadian di Taman Industri Nautical di sini, hari ini.

Dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari tersebut hasil aduan Indah Water Konsortium (IWK) apabila mendapati terdapat air berwarna merah pekat dibuang melalui pembetung awam dipercayai bahan kimia hingga stesen pam ditutup sementara oleh IWK.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd Fazil Ismail berkata, tindakan tidak bertanggungjawab premis itu dikesan apabila sisa cat itu mengalir sehingga Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Industri Nautical.

Katanya, siasatan awal mendapati premis tersebut mempunyai lesen sementara dan beroperasi sejak awal tahun ini bagi memproses, membuat, menjual cat dengan produk dihasilkan untuk pasaran tempatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI