fbpx

Cahill bukan calon CEO FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAHILL sebelum ini disebut-sebut sebagai calon memegang jawatan tersebut kerana hubungan rapatnya bersama Tunku Mahkota Ismail. - AFP

SPEKULASI mengenai siapa bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk memimpin revolusi skuad Harimau Malaya memasuki episod baharu apabila nama bekas penyerang Australia, Tim Cahill ‘dikeluarkan’ dalam senarai tersebut.

Perkara ini disahkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang menyatakan Cahill selaku Ketua Eksekutif Sukan Akademi Aspire di Qatar adalah penasihat peribadinya ketika ini.

“Lelaki ini, Tim Cahill bukan CEO skuad kebangsaan Malaysia.

“Beliau adalah penasihat peribadi saya untuk sukan dan hubungan antarabangsa,” tulis Tunku Mahkota Ismail menerusi laman sosial X.

Situasi ini sekali gus menamatkan spekulasi bahawa Cahill bakal menjadi ‘bos’ baharu dalam penstrukturan semula skuad Harimau Malaya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lama lagi.

Kosmo! semalam melaporkan Tunku Mahkota Ismail telah mendedahkan kriteria utama CEO baharu badan induk itu yang bakal diberi peranan khusus untuk membantu revolusi skuad kebangsaan nanti.

Antara syarat yang ditetapkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu adalah individu berkenaan perlu arif dalam segala aspek agar dapat membantu meningkatkan kualiti skuad kebangsaan ke tahap yang lebih tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI