fbpx

Dua lelaki bergaduh selepas mabuk dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua lelaki tempatan ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan dan cubaan melanggar orang awam menggunakan sebuah kereta di kawasan Seksyen 17A/6, Damansara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 7.23 petang berhubung satu kejadian pergaduhan sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Anggota polis dari cawangan kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang tiba dilokasi seterusnya bertindak menahan dua lelaki tempatan berusia 20 dan 21 tahun kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.

“Pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai digunakan semasa kejadian dan semakan rekod mendapati suspek berusia 20 tahun mempunyai lima rekod jenayah lampau,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nik Ezanee, saksi awam mendakwa terdapat seorang lagi suspek berbaju putih yang telah memecahkan cermin belakang kereta Proton Wira berkenaan namun lelaki itu berjaya melarikan diri dan sedang dikesan oleh pihak polis.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek merupakan rakan dan dipercayai bergaduh selepas mabuk namun siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca tercetusnya pergaduhan tersebut masih dijalankan pihak polis.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 307, 324 dan 427 Kanun Keseksaan,” tegas beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI