fbpx

EPL: Salah kukuh status ‘raja’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (tengah) mencetak satu gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Leicester di Anfield awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah dapat merasakan pemburuan trofi kejuaraan musim ini cukup berbeza berbanding apa yang pernah dilaluinya pada kempen terdahulu.

Bintang dari Mesir itu terus menjadi tunjang utama kekuatan pasukan dan turut menyeru rakan sepasukannya supaya kekal fokus untuk mengejar kejuaraan.

“Perkara paling penting adalah pasukan meraih kemenangan dan saya harap kami mampu menang Liga Perdana Inggeris (EPL). Sekarang adalah detik yang cukup hebat, namun kami fokus satu demi satu perlawanan.

“Harapannya kami mampu teruskan apa yang kami lakukan sekarang. Musim ini cukup berbeza tetapi paling penting adaah kami kena kekal merendah diri.

“Adalah menjadi satu impian untuk membantu kelab ini memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris,” katanya.

Pada aksi awal pagi semalam, Jordan Ayew terlebih dahulu membuka jaringan buat The Foxes, namun Liverpool bangkit dengan tiga gol menerusi Cody Gakpo, Curtis Jones dan Salah bagi melengkapkan kemenangan 3-1 di Anfield.

Pengurus Liverpool, Arne Slot juga puas melihat sumbangan Salah selepas dia meledak gol peribadi ke-100 dalam kempen EPL dengan 98 di Anfield dan dua di Stamford Bridge ketika mewakili Chelsea sebelum ini.

Ia sekali gus menjadikan Salah sebagai pemain keempat paling cepat merekodkan 100 gol EPL di laman sendiri dalam 142 perlawanan di belakang tiga legenda EPL, Alan Shearer (91 aksi), Thierry Henry (113 aksi) dan Sergio Aguero (125 aksi). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI