KOTA BHARU – Bapa pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut dan merosakkan harta Masjid Tok Kenali di sini pada November lalu.
Tertuduh, Lokman Ahmad, 83, yang hadir ke mahkamah dengan menaiki kerusi roda membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mengeluarkan kata-kata ugutan dengan memberitahu seorang lelaki bahawa ingin menetak dan menembak Muhammad Hafiz Hukmi Wardi,32, sehingga mendatangkan ketakutan kepadanya. – K! ONLINE.