fbpx

Baru sebulan kahwin, lelaki pijak anak tiri hingga patah tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek telah ditahan oleh polis. -Tribun Padang

JAKARTA – Seorang lelaki di Padang Pariaman, wilayah Sumatera Barat tergamak memijak anak tirinya yang berusia dua tahun hingga patah tulang kaki selepas baru sebulan berkahwin dengan ibu mangsa, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Suspek dikenali sebagai BND, 33, berkahwin dengan isterinya, Melissa pada November lalu.

Ketika kejadian, Melissa pergi ke kedai untuk membeli barangan dapur dan meninggalkan dua anaknya di bawah jagaan suami baharunya itu.

Ketua Polis Padang Pariaman, Asisten Komisioner Besar Polis Ahmad Faisol Amir berkata, suspek yang ketika itu leka bermain permainan judi online berasa terganggu apabila mendengar suara tangisan mangsa.

“Suspek mahu mendiamkan bayi itu dengan memijak paha kiri mangsa sebanyak enam kali, menyebabkan tangisan kanak-kanak tersebut menjadi semakin kuat,” katanya.

Ujar Ahmad Faisol, Melissa yang baru pulang dari kedai terkejut mendengar tangisan anaknya yang kuat sebelum suspek mendukung kanak-kanak tersebut.

Sebelum menyerahkan mangsa kepada isterinya, suspek menarik kaki mangsa yang sebelumnya dipijak, demikian menurut doktor yang merawat kanak-kanak tersebut.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa mengalami patah tulang paha kiri dan sesak nafas, selain lebam-lebam di bahagian dada,” kata Ahmad Faisol. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI