fbpx

Air laut di Thailand penuh najis manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan air laut yang keruh kerana dipenuhi najis pelancong yang mabuk. - Instagram

BANGKOK – Penduduk di pulau Koh Phan Gan, Thailand dibelenggu pemandangan menjijikkan apabila air laut dipenuhi sisa kumbahan pelancong, lapor portal berita Times Now semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @less_travelled_ menunjukkan air laut keruh dan berwarna keperangan seperti najis manusia. 

Lebih mengejutkan, perairan pantai itu juga dipenuhi najis manusia. 

Kejadian berlaku sempena acara Pesta Bulan Penuh yang diadakan setiap bulan dan menarik ribuan pelancong dari seluruh dunia. 

Pelancong yang mabuk didapati gemar membuang air besar dan kecil di dalam laut secara terbuka. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 641,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai. 

“Thailand dimusnahkan oleh pelancong yang bodoh!” marah seorang netizen. 

“Saya baru nak berpindah ke sana! Selepas melihat video itu, saya jijik!” marah netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI