fbpx

[VIDEO] Orang Islam tak boleh pakai topi, baju santa claus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penjelasan Dr. Kamilin berhubung umat Islam dilarang memakai topi dan baju santa claus.

PETALING JAYA – Orang Islam tidak boleh memakai topi atau baju santa claus kerana ia pakaian simbolik kepada agama lain, sekali gus perbuatan tersebut turut berkaitan dengan bab akidah.

Pendakwah bebas, Dr. Kamilin Jamilin berkata, ketegasan sedemikian bukanlah bermaksud agama Islam tidak bertoleransi dengan penganut agama yang lain.

“Jangan salah faham, agama Islam adalah agama toleransi dan harmoni, cuma ada hal tertentu dalam bab akidah Islam sangat titikberatkan.

“Antaranya Islam tak bagi umatnya pakai pakaian simbolik agama lain. Nak pakai pakaian adat atau tradisi mana-mana bangsa yang lain, tak ada masalah sebab Islam tak mengira bangsa.

“Tapi dalam bab agama, Islam ambil berat sikit, kena tegas sebab Islam tak mahu umatnya menyerupai agama lain,” katanya pada hantaran video di media sosial.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan berhubung pakaian yang menyerupai agama lain atau sebaliknya.

“Macam mana nak tahu pakaian itu simbolik agama lain, antaranya kita boleh tengok penganut agama yang tu sahaja yang akan pakai pakaian jenis tu ketika perayaan agama mereka, yang tu tak boleh lah kita pakai.

“Pakaian santa itu sangat sinonim dengan Krismas dan kepercayaan penganut Kristian. Sebab tu kita tak tengok mereka pakai pakaian tu hari-hari, tapi kita akan tengok mereka menggayakan pakaian santa setahun sekali pada penghujung tahun setiap kali musim Krismas,” katanya.

Katanya, terdapat hadis-hadis Nabi Muhammad SAW yang turut menegaskan larangan kepada umat Islam memakai pakaian menyerupai agama lain.

“Itu menunjukkan betapa nabi dalam menjaga akidah umat Islam. Jangan cakap ‘tak ada apa-apa lah’, ‘niat saya ok’, ‘saya bukan nak tukar agama’, ‘akidah saya tetap utuh’.

“Kita kena tahu dalam bab akidah banyak yang nabi ajar kita untuk sadd adz-dzari’ah, maksudnya menghalang sesuatu yang buruk daripada terjadi, sebelum ia terjadi potong dulu awal-awal sebab kalau dah terjebak.

“Tapi jangan salah faham anggap Islam agama tak toleransi atau siapa yang berpandangan dengan pandangan ini, seolah-olah adalah ekstrem. Banyak lagi cara yang Islam suruh kita buat baik kepada penganut agama lain,” katanya.

Ujarnya, bahkan Nabi Muhammad SAW telah memberikan contoh toleransi kepada masyarakat bukan Islam, namun dalam hal akidah, umat Islam perlu peka dan menjaganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI