fbpx

Nahas Azerbaijan Airlines: 28 terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota kecemasan berada di lokasi nahas. - AMU TV

ASTANA – Seramai 28 orang cedera apabila sebuah pesawat Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan pada hari ini, demikian menurut pihak berkuasa negara itu. 

Saluran berita Amu TV melaporkan, pesawat Embraer 190 yang dalam perjalanan dari ibu negara Azerbaijan, Baku, ke Grozny, Russia itu membawa 62 penumpang dan lima anak kapal.

Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan mengesahkan bahawa perkhidmatan bomba memadamkan kebakaran di lokasi nahas, manakala mangsa yang cedera termasuk dua kanak-kanak, dibawa ke hospital berdekatan. 

“Menurut maklumat awal, 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak telah dimasukkan ke hospital,” kata kementerian itu.

Tambahnya, 150 pekerja kecemasan berada di tempat kejadian.

Rakaman dron dari tempat kejadian menunjukkan kenderaan kecemasan mengelilingi serpihan pesawat dan apa yang kelihatan seperti mayat mangsa.

Azerbaijan Airlines berkata, penerbangan J2-8243 terpaksa melakukan pendaratan cemas kira-kira 3 kilometer dari Aktau, sebuah bandar di pantai timur Laut Caspian. 

Maklumat awal dari badan pemerhati penerbangan Russia menunjukkan bahawa perlanggaran dengan kawanan burung mungkin menyebabkan juruterbang cuba mendarat.

Pihak berkuasa Kazakhstan mengumumkan penubuhan suruhanjaya kerajaan untuk menyiasat nahas itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI