fbpx

Almy Nadia ‘sekolahkan’ netizen mahu popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALMY Nadia

 

PETALING JAYA – Pelakon Datin Almy Nadia naik berang terhadap individu yang melakukan cabaran untuk menduga sama ada seseorang artis itu sombong atau sebaliknya.

Perkara tersebut didedahkan isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu dalam satu muat naik InstaStorynya yang memaparkan tangkap layar mesej daripada pengguna media sosial dikenali sebagai @heyyo memberi salam kepadanya sebelum dijawab oleh Almy.

Individu tersebut seterusnya memberitahu dia sedang melakukan cabaran dengan menghantar mesej kepada selebriti untuk melihat respons sama ada mereka seorang yang sombong atau tidak.

Bengang dirinya menjadi salah seorang ‘mangsa’ cabaran tersebut, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah,37, menegur tindakan individu itu yang disifatkannya tidak memahami kehidupan berkeluarga dan komitmen seseorang selebriti adalah lebih penting daripada sekadar melayari laman sosial.

 

Tangkap layar yang dimuat naik Almy mengenai seorang individu yang melakukan cabaran menggunakan dirinya.

“Artis ini cari rezeki juga, ada keluarga dan kerja. Bukan nak mengadap telefon 24 jam sahaja dan perlukah buat cabaran ‘nak tengok artis mana yang tak sombong’.

“Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, sanggup cari kerja yang tak masuk akal! Maaf jika kata begini tetapi kalau awak di tempat kami, apa anda rasa?,” katanya.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Dunia Baru itu beranggapan individu tersebut hanya mahu meraih populariti ‘segera’ dengan melakukan perkara sebegitu supaya tular dengan pantas.

“Ini tanda PKP 2.0 ini mereka tiada kerja tapi cari kerja yang tidak berfaedah untuk popular dan viral cepat. Tak kisah siapa pun, perangai dan adab itu penting dik!

“Ingat sampai bila-bila jangan buat kerja gila. Nanti dibalas dengan kerja gila, faham! Hendak popular? Mari saya jadikan awak terkenal,” ujarnya.

Individu tersebut dilihat sudah menyahaktifkan akaun Instagramnya susulan pendedahan Almy semalam.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati akaun tersebut sudah dinyahaktif selepas Almy berkongsi tentang perkara tersebut dalam InstaStory. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI