fbpx

Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan, puluhan dikhuatiri terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas. - APA

ASTANA – Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines yang terbang dari ibu negara, Baku ke Grozny, Russia terhempas hari ini di barat Kazakhstan.

“Sebuah pesawat yang terbang melalui laluan Baku-Grozny terhempas berhampiran bandar Aktau. Ia milik Azerbaijan Airlines,” kata Kementerian Pengangkutan Kazakhstan menerusi platform Telegram.

Syarikat penerbangan milik negara, Azerbaijan Airlines sebelum itu berkata, pesawat Embraer 190 itu melakukan pendaratan cemas sekitar 3 kilometer dari Aktau. Ia merupakan hab minyak dan gas di pantai timur Laut Caspian.

Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan berkata, seramai 25 orang terselamat dalam nahas tersebut. Ia membawa 67 orang, dengan lima daripadanya ialah anak kapal.

“Menurut maklumat awal, terdapat 25 mangsa yang terselamat, di mana 22 daripadanya telah dimasukkan ke hospital,” kata kementerian itu di Telegram. 

Tambahnya, kakitangan kecemasan sedang memadamkan kebakaran di tapak nahas tersebut.

“Maklumat mengenai kemalangan jiwa kini sedang disahkan tetapi menurut maklumat awal, terdapat mangsa yang terselamat,” katanya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI