fbpx

Polis buka kertas siasatan OKU bergaduh dengan rakan sekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja OKU dakwa dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah restoran makanan segera, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes pergaduhan dua lelaki termasuk seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bekerja di sebuah restoran makanan segera, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar.

“Kedua-dua pihak ada sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Terdahulu, tular di media sosal seorang wanita memohon bantuan nasihat selepas anak lelaki berusia 23 tahun yang menghidap autisme, dakwa dipukul oleh rakan sekerja di tempat kerjanya.

Kejadian yang berlaku menyebabkan anaknya mengalami luka dan bengkak di muka, dada, tangan, dan hampir pengsan ketika pulang ke rumah.

Ibu mangsa menyatakan bahawa ini adalah kejadian pertama anaknya dipukul sepanjang hidupnya.

Beliau berharap agar kebenaran mengenai kejadian ini dapat diketahui dan dipertanggungjawabkan kepada pihak yang bersalah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI