fbpx

Nahas ngeri Melaka: Sofea, Uwais belum tahu ibu bapa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sofea Humaira (kiri) dan Muhammad Uwais yang kini sedang dirawat di Hospital Melaka.

MELAKA – Dua anak pasangan Allahyarham Khairul Ikhwan Mazupi dan Fadzlenna Ramli yang maut dalam nahas di Kilometer 204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Simpang Ampat di sini kelmarin belum mengetahui ibu bapa mereka sudah meninggal dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, setakat ini ahli keluarga yang menjaga Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dan abangnya, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, di Hospital Melaka masih belum memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Hee Sem mengadakan sidang akhbar selepas melawat Nur Sofea Humaira dan Muhammad Uwais di Hospital Melaka. Foto oleh AMRAN MULUP/KOSMO!

“Meskipun dua kanak-kanak itu sudah sedar, namun ahli keluarga mereka tidak sampai hati untuk menceritakan perkara yang terjadi memandangkan mereka masih dalam rawatan.

“Ahli keluarga bimbang dua beradik itu akan beremosi. Saya tidak pasti sama ada kedua-dua beradik itu ada bertanyakan tentang ibu bapa mereka. Buat masa ini biar mangsa mendapatkan rawatan sehingga pulih,” ujarnya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Melaka hari ini.

Mengulas lanjut Hee Sem berkata, setakat ini Nur Sofea menjalani pembedahan tulang paha kiri. Keadaannya dilaporkan stabil dan
ditempatkan di wad biasa.

Beliau menambah, abang mangsa pula yang mengalami kecederaan tulang paha kanan hancur akan menjalani pembedahan lewat petang ini. Kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan di kepala masih dirawat di Unit
Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Hee Sem memberitahu, pemandu lori Nissan Mohamad Syafiq Mohd. Zuki, 27, pula berada dalam keadaan kritital di ICU.

“Sepatutnya dia menjalani pembedahan hari ini tetapi hasil pemerhatian doktor disebabkan keadaannya yang masih tidak stabil dia tidak dapat menjalani pembedahan itu,” ujarnya.

Kemalangan pada pukul 8.40 malam meragut tujuh nyawa melibatkan lima buah kenderaan itu berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di tengah laluan lebuh raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI