HANOI – Seekor cacing sepanjang 14 sentimeter berjaya dikeluarkan dari mata kiri seorang pesakit di sebuah hospital di Vietnam, lapor laman berita tuoi tre news semalam.
Menurut seorang doktor, cacing itu dikeluarkan dari konjunktiva mata kiri pesakit tersebut,
Pesakit berusia 68 tahun itu telah dimasukkan ke hospital di wilayah Thanh Hoa selepas mengalami ketidakselesaan di mata kirinya.
Semasa pemeriksaan, doktor menemui parasit seperti cacing berukuran 14 sentimeter panjang dan 0.5 milimeter lebar, bergerak di bawah konjunktiva matanya.
Parasit itu segera dikeluarkan dan pesakit mengalami kelegaan serta-merta selepas prosedur tersebut.
Menurut Dr. Nguyen Thi Mai, selepas larva cacing menguasai manusia, ia akan bergerak melalui badan dan menetap di mana-mana organ sehingga akhirnya menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan makanan segar seperti sup darah, salad ikan mentah dan sayur-sayuran tidak dimasak, selain memastikan air yang diminum datang dari sumber yang selamat. – AGENSI