RAUB – Banjir kembali melanda Pahang susulan hujan lebat berterusan malam semalam yang menyaksikan dua daerah terjejas iaitu Raub dan Lipis.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, seramai 22 mangsa dari lapan keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah berkenaan.
“Di daerah Lipis seramai 13 mangsa dari empat keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit manakala seramai lima mangsa dari tiga keluarga ditempatkan di Masjid Kampung Beletik, manakala di Raub pula seramai empat mangsa dari satu keluarga berlindung di Balai Raya Kampung Tersang,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, lima sungai di Pahang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE