fbpx

Kutip RM6 juta, Babah bakal ke Singapura, Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENURUT penerbit, Nadia, Babah juga dalam perancangan memasuki pasaran Indonesia.

PETALING JAYA – Filem Babah yang mengaut kutipan RM6 juta dalam tempoh hampir tiga minggu tayangan bakal memasuki pasaran Singapura bermula esok.

Penerbitnya, Nadia Mohd Nadzri sambutan luar biasa terhadap kisah kekeluargaan mengenai pengorbanan seorang bapa kelainan upaya (OKU) pendengaran itu turut mendapat permintaan di Borneo.

“Sejujurnya saya dan pasukan Nads Media Entertainment terharu dengan maklum balas ramai terhadap cerita mengenai hubungan bapa dengan anak perempuannya yang menyentuh hati khalayak.

“Walaupun sudah hampir tiga minggu di 99 pawagam seluruh negara, masih ramai penonton datang, bahkan kami difahamkan gelombang kedua sedang bermula dengan kehadiran cuti hujung tahun.

Esok Babah akan memasuki panggung wayang di Singapura sebelum ke Sabah dan Sarawak. Hakikatnya sokongan penonton membuatkan kami sangat menghargai maklum balas ini,” katanya.

Menurut Nadia lagi, naskhah sarat emosi yang turut mendapat suntikan Dana Kandungan Digital (DKD) itu juga dalam perancangan untuk dibawa ke Indonesia.

Katanya lagi, sambutan diraih biarpun ketika ini Babah bersaing dengan beberapa filem lain adalah disebabkan keikhlasan semua pihak yang terbabit dalam pembikinannya.

“Kami memberikan sepenuh jiwa dan merealisasikan kisah ini dengan ikhlas yang membuatkan Babah cukup menyentuh dan menusuk hati khalayak.

Seluruh produksi juga tidak menjangka Babah tular dalam media sosial sehingga menjadi bualan apatah lagi semuanya berlaku secara organik.

“Tiada apa lagi yang mampu saya katakan mengenai sambutan luar biasa ini. Kami hanya bekerja dengan hati yang tulus membabitkan cerita benar ini,” ujarnya.

Babah yang ditayangkan bermula 5 Disember lalu dengan membariskan Qi Razali, Qistina Suzzane, Sweet Qismina, Adam Lee dan Kisaisha
berkisar pengorbanan bapa bernama Isyak untuk anak perempuannya, Maya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI