fbpx

Nahas ngeri Melaka: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang tayarnya tercabut di KM 204 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Melaka, malam kelmarin.

ALOR GAJAH – Polis selesai merekodkan keterangan pemandu lori yang tayar kanannya tercabut sehingga mengakibatkan tujuh terkorban dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 204, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, percakapan lelaki tersebut diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud unsur kecuaian sehingga mengakibatkan tayar kenderaan berat itu tercabut.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas pemandu itu menunjukkan dia bebas pengaruh alkohol dan dadah.

“Kes akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri selepas kertas siasatan diselesaikan. Polis meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka kenderaan supaya tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memaklumkan, berdasarkan rekod, lori yang terbabit dalam kemalangan ngeri tersebut baru didaftarkan pada April 2024 dan dijadualkan menjalani pemeriksaan berkala kali pertama pada April 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI