fbpx

Pearly-Thinaah mahu bangkit di Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah mahu meneruskan rentak positif menjelang Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil bulan depan. - AFP

KUALA LUMPUR – Tersingkir di peringkat kumpulan pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 pertengahan bulan ini menjadi pengajaran berguna buat beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah.

Bagaimanapun, bekas juara Terbuka Perancis itu menganggap ada beberapa positif boleh diambil daripada pengalaman tersebut, terutamanya apabila mereka masih mampu menampilkan aksi terbaik pada perlawanan terakhir.

Justeru, Pearly berharap mereka dapat meneruskan rentak positif itu menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 hingga 12 Januari nanti.

“Kami berdua masih berfikir positif. Walaupun ini adalah kali ketiga kami tidak melepasi peringkat kumpulan WTF tetapi pada perlawanan terakhir, kami mendapatkan semula momentum dan gaya permainan kami.

“Kami harap permainan yang kami dapat di perlawanan terakhir itu dapat diteruskan di Terbuka Malaysia kerana ia merupakan kejohanan di laman sendiri. Tidak kira sama ada kalah atau menang, kami mahu berikan persembahan terbaik,” katanya.

Pada masa sama, dia juga berharap untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang ada, terutamanya dari segi fizikal memandangkan dia kerap berdepan masalah kesihatan sejak kebelakangan ini.

“Bagi saya, kekuatan fizikal masih perlu dipertingkatkan bagi memastikan bebas daripada kecederaan selain kekal sihat. Latihan berjalan lancar tetapi saya sendiri tidak begitu sihat dan ia sedikit mengganggu,” ujar Pearly. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI